Latest Movie : Free Movie Online


All Movies

Get paid to share your links!
Showing posts with label Aksi. Show all posts
Showing posts with label Aksi. Show all posts

Mat Moto 2016 (Disini Kami Bersatu)



SINOPSIS

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan mat moto dalam berkongsi minat sukan permotoran yang sering disalah tafsir oleh masyarakat zaman sekarang.

Ia juga memaparkan pengembaraan mat moto di seluruh pelusuk Malaysia dalam mencari erti persahabatan dan keseronokan berkongsi minat yang sama.

Tonton Full Movie Disini(Klik Sini)


Tonton Full Movie Disini(Klik Sini)

Brovo 5

Brovo 5Brovo 5

SINOPSIS

Filem Bravo 5 berlatarkan tahun 1989 mengisahkan lima anggota Komando (Rejimen Gerak Khas) ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia.

Kawasan tengah semenanjung dijadikan lokasi menawan Malaysia dengan perjuangan bersenjata.

Lima komando terbabit berjaya mengesan kem dan kedudukan musuh serta perancangan sulit mereka.

Tetapi, malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka bertempur melawan hampir 200 anggota gerila komunis.

Sebelum pertempuran bermula, mereka ada menulis wasiat.

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)


Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)

Kapsul 2015

Kapsul 2015Kapsul 2015

SINOPSIS

Filem Kapsul mengisahkan tentang sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah dicuri dan membawa Zohri kembali ke zaman silam.

Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan.

Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini.

Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa.

Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawanya pulang ke zamannya kecuali dirinya sendiri.

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)

Bukit Kepong HD

Bukit Kepong HDBukit Kepong HD

SINOPSIS

Filem Bukit Kepong mengisahkan tentang perjuangan sepasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950.

Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota.

Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)

Juvana 2 (Terperangkap Dalam Kebebasan)

Juvana 2Juvana 2

SINOPSIS

Filem Juvana 2 mengisahkan tentang Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka yang ingin menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir.

Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama 'Juvana' setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.

Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan.

Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat.

Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat.

Pada masa yang sama, Daim sedang meneruskan pengajiannya dalam bidang guaman bersama teman wanitanya, Sara yang sering mengatakan Daim hanya membuang masa apabila masih bergaul bersama-sama rakan-rakan dari Sekolah Wira Bakti.

Kemudian, nasib tiga sekawan ini menjadi bertambah buruk apabila orang yang mereka kasihi menjadi mangsa culik Tok Ki yang kejam tanpa diketahui motifnya, sehingga memaksa anak-anak muda ini berusaha keras untuk menyelamatkan mereka.

Akhirnya, hanya seorang individu sahaja yang boleh membantu mereka.

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)



Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)


Darah Panas

Darah PanasDarah Panas

SINOPSIS

Drah Panas mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syahana. Syahana adalah seorang gadis yang berpegang pada agama, namun dia bercita-cita untuk menjadi seorang model Muslimah akibat daripada terpengaruh dengan video di laman sosial.

Syahana akhirnya berkenalan dengan seorang lelaki bernama Fandi melalui laman sosial, dan telah meminta bantuan daripada Fandi bagi mencapai cita-citanya.

Syahana menyatakan hasratnya itu kepada keluarganya, namun ditentang ayah dan abangnya. Demi untuk meneruskan cita-citanya, Syahana mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur. Namun, apabila Syahana tiba di ibu kota, Fandi  membawa Syahana ke dunia pelacuran.

Cicak adalah seorang ketua sendiket pelacuran. Dia juga turut terbabit di dalam sindiket dadah. Cicak telah membeli Syahana daripada Fandi. Adi bekerja di bawah Kumpulan Cicak, namun dia seorang yang menghormati wanita Islam.

Bagaimanakah nasib Syahana ketika berada disana, dan dapatkah Syahana keluar daripada dunia pelacuran?

Tonton Full Movie Disini

Tonton Full Movie Disini

Polis Evo

Polis EvoPolis Evo

SINOPSIS

Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu.

Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu.
Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu.

Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol.

Ketidak serasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini.

Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?

Tonton Full Movie Disini


Tonton Full Movie Disini

Abang Lejen

Abang LejenAbang Lejen

SINOPSIS

Filem 'Abang Lejen' mengisahkan tentang Ajim (Farid Kamil) yang menetap di kampung bersama adiknya Alan (Fadlan Hazim).

Ajim membesarkan Alan setelah kematian ibu bapa mereka dan sanggup melakukan apa saja demi adiknya itu.

Ajim yang meminati filem Hindustan dan Tamil mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri dan sering menjadi pelindung kepada penduduk kampung dan juga Alan.

Alan sebenarnya seorang remaja yang lurus bendul dan sering dibuli oleh Karim (Along Eyzendy) dan Mail (Shahfiez).

Apabila Alan menyuarakan hasrat ingin berkahwin dengan Nina (Adiba Yunus), perasaan bimbang menyelubungi Ajim. Walaupun tidak setuju tetapi Ajim tetap merelakannya.

Dalam pada itu, Ajim mempunyai sepupu yang bernama Intan (Intan Ladyana). Sejak dari kecil, Intan sangat meminati Ajim, namun Ajim tidak menyukai Intan.

Terjadinya suatu peristiwa yang tidak diduga menyebabkan Alan berhijrah ke Kuala Lumpur dan tidak menghubungi lagi Ajim. Dek kerana risau akan adiknya, Ajim ke Kuala Lumpur diikuti Intan.

Keadaan bertukar menjadi lain apabila Ajim mendapat tahu yang Alan berdepan dengan masalah. Ajim cuba membantu tetapi pertolongannya ditolak oleh Alan.

Apakah sebenarnya yang berlaku kepada Alan?

Bagaimana pula kesudahan cinta Intan terhadap Ajim?

Tonton Full Movie Disini



Tonton Full Movie Disini

P.I - Private Investigator

P.I - Private InvestigatorP.I - Private Investigator

SINOPSIS

P.I - Private Investigator mengisahkan seorang penyiasat persendirian yang bijak yang bernama Sam.

Sam sangat cekap dalam menyelesaikan kes yang diberikan kepadanya dan sering membantu pihak polis.

Dia juga rapat dengan Inspektor Azlan kerana sering menyelesaikan masalah jenayah bersama-sama.

Pada suatu hari, kematian Datuk Ruzaini dan Datin Mariam telah membongkarkan muslihat adik Datuk Ruzaini iaitu Razman yang mahu menjadi pewaris harta.

Mampukah Sam, penyiasat persendirian menyelesaikannya?

Tonton Full Movie Disini



Tonton Full Movie Disini

Cicak Man 3

Cicak Man 3Cicak Man 3

SINOPSIS

Cicakman 3 menceritakan kisah Man (Zizan) iaitu seorang suami kepada Linda (Lisa) dan juga bapa kepada Boboy (Rayqal).

Man seorang suami yang tidak matang dalam hal rumah tangga menyebabkan Linda mengambil keputusan untuk menuntut cerai.

Masalah rumah tangganya pula ditambah dengan kehadiran Inspektor Adam (Fizz Fairuz) yang juga merupakan rakan sekolahnya yang cuba merampas Linda.

Namun kehidupan Man berubah apabila dia menjumpai minyak serum milik Cicakman yang mampu memberi kuasa luar biasa kepadanya.

Dia yang kembali bersemangat dengan kuasa yang dimiliki itu begitu teruja untuk menjadi superhero.




Lihat Full Movie Disini

Romeo Kota


SINOPSIS

Romeo Kota mengisahkan tentang seorang pelajar kolej(Maria) yang ditemui dalam keadaan koma di tepi jalan.

Hasil dari makluman yang dikeluarkan oleh doktor, Maria koma akibat menelan dadah secara berlebihan.

Untuk itu Koperal ROMI dan Lans Korporal FAKRUL ditugaskan untuk menyiasat kes tersebut.

Dalam mendapatkan maklumat dan mengetahui siapa dalang di sebalik kejadian tersebut, mereka berdua telah ditugaskan secara samaran di bawah kod ‘KRIPTIK’

Mereka berdua diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya.

Melalui beberapa petunjuk, mereka memasuki kolej Bestari dan Koperal Romi, menyamar selaku pensyarah dan Lans Koperal Fakrul sebagai pelajar kolej.

Pada masa yang sama, EMA, antara pelajar yang menjadi kegilaan ramai di kolej, telah menawan hati Koperal Romi dan Lans Koperal Fakrul, hingga melibatkan berlakunya cinta tiga segi antara mereka. Tetapi, ELINA pula menaruh hati dengan Romi.

Bagi Romi pula, dia mempunyai sejarah silam apabila dia sering gagal dalam perhubungan yang dijalin selama ini. Manakala bagi Fakhrul pula, dia sentiasa percaya, jodohnya akan tiba pada bila-bila masa.


 
Copyright © 2015. Layan Movie Online - All Rights Reserved And Create Design By Mizi Gimik