Latest Movie : Free Movie Online


All Movies

Get paid to share your links!
Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Hantu Bungkus Ikat Tepi


SINOPSIS

Mengisahkan tentang tiga sahabat baik iaitu Fuad (Tauke), Fadli (Yus) dan Fendi (Abam) yang terjumpa mayat yang berlumuran darah terbaring di atas jalan semasa menaiki kereta pada malam hari.

Mereka yang panik telah memegang pisau di sisi mayat lelaki tersebut, tanpa menyedari cap jari masing-masing terlekat pada bahan bukti utama itu.

Mereka kemudian mengambil keputusan untuk membungkus dan menanam mayat tersebut dengan ikatan di bahagian kepala disengetkan sebagai tanda mayat itu ditanam apabila polis menemuinya nanti.

Walau bagaimanapun selepas kejadian tersebut, perkara yang tidak baik berlaku kepada mereka apabila dihantui oleh roh yang mahu jasadnya disempurnakan.

Mereka terpaksa meminta bantuan Mimie  (Nora Danish) untuk mencari semula mayat tersebut dengan harapan roh tersebut tidak lagi mengganggu mereka.

Mimie terjebak secara tidak langsung dengan tiga sahabat tadi dan membantu menjejak semula mayat yang ditanam Fuad, Fadli dan Fendi.

Tonton Full Movie Disini



Tonton Full Movie Disini

Werewolf Dari Bangladesh

Werewolf Dari BangladeshWerewolf Dari Bangladesh

SINOPSIS

Cerita Werewolf Dari Bangladesh bermula dari kisahnya 20 tahun yang lalu apabila Mirdu, lakonan Saiful Apek iaitu seorang warga Bangladesh diserang seekor serigala yang mengakibatkan berlaku perubahan fizikal ke atas dirinya menjadi haiwan berkenaan.

Tingkah laku Mirdu juga menjadi ganas dan kejam hingga ramai penduduk kampung menjadi korban kerakusannya.

Penduduk kampung yang sudah hilang sabar akhirnya mengambil keputusan dengan membakar rumah Mirdu.
Mirdu yang marah dengan kejadian itu bertindak menggigit dua anak kembar Kumba (Muhamad Ikhwan) dan Kumbi (Muhamad Azwan), sekali gus menyebarkan jangkitan wabak itu sebelum dia ditembak mati.

Di Malaysia, Usop Wilcha (Shy 8) yang baru berpindah ke kawasan baru bersama Wahab B (Sharwani NS) bertemu dengan Jaynab Ramunggei (Emma Maembong) dan tinggal berjiran serta menjalankan perniagaan bersama-sama di sebuah medan selera.

Pada masa yang sama, wabak werewolf itu sudah mula merebak di Malaysia.
Kumbi yang kini sudah dewasa juga berada di Malaysia untuk mendapatkan bantuan Jaynab bagi mengembangkan pembiakan baka werewolf, sekali gus untuk melenyapkan spesies manusia di muka bumi.

Bagaimanapun, semua agenda jahat ini sudah lama diketahui Pilun (Zizan Razak) iaitu seorang pekerja asing tanpa izin warga Bangladesh yang bekerja di gerai Usop.

Pilun berkali-kali mencuba untuk memaklumkan kepada Usop mengenai perkara itu tetapi usahanya sering terhalang.




Tonton Full Movie Disini

Sunti @ Facebook

Sunti @ FacebookSunti @ Facebook

SINOPSIS

Sunti @ Facebook mengisahkan tentang Ashiq (Izzue Islam) iaitu seorang remaja nakal yang gemar mempermainkan wanita bersama rakan-rakannya.

Mereka gemar memancing wanita melalui laman sosial Facebook dan pada suatu hari mereka silap percaturan kerana salah seorang mangsa mereka mengambil keputusan untuk membunuh diri setelah dimalukan oleh mereka.

Dari situ bermulah kisah misteri di mana satu demi satu rakan-rakan Ashiq yang terlibat telah dibunuh tanpa mengetahui apa puncanya.

Ashiq mula mengesyaki sesuatu yang pelik apabila pembunuhan itu berlaku setelah rakan-rakannya menerima satu mesej misteri di Facebook yang dihantar oleh seorang gadis misteri bernama Sunti Lara.

Apakah punca Sunti menganggu Ashiq?

Adakah Ashiq akan menerima nasib yang sama seperti rakan-rakannya?

Saksikan...

Lihat Full Movie Disini


Lihat Full Movie Disini

Gudang Kubur

Gudang Kubur Full MovieGudang Kubur Full Movie

SINOPSIS

Filem Gudang Kubur mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Anwar (Faizal Hussein) dan Zarra  (Nora Danish) yang mengalami pelbagai kejadian mistik selepas membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubinnya.

Anuar yang juga seorang tauke gudang tidak menyangka yang dia telah menjalankan perniagaan di atas tanah kubur.

Mereka tidak menduga bahawa gudang tersebut menyembunyikan satu rahsia sehingga menimbulkan konflik di dalam rumah tangga mereka.

Kehadiran pasangan ini juga tidak disenangi ‘sesuatu’ yang sudah sekian lama mendiami gudang kosong itu.

Mereka mula mengalami pelbagai gangguan mistik yang akhirnya mengakibatkan rumah tangga mereka goyah.

Tonton Full Movie Disini



Tonton Full Movie Disini

Bangunan Full Movie


SINOPSIS

Filem Bangunan mengisahkan tiga orang pelakon Khir Rahman, Sein dan Aqasha yang sedang menyiapkan produksi sebuah filem.

Setelah mengetahui tentang kisah aneh di sebuah bangunan, mereka mengubah filem itu ke arah kisah aneh.

Mereka cuba merakam kewujudan makhluk halus dan menyampaikan kisah misteri orang-orang yang hilang di dalam bangunan tersebut

Tonton Full Movie Disini

 

Tonton Full Movie Disini

Puaka Balai Gombak


Sinopsis

Setelah gagal menemui makhluk halus di beberapa lokasi yang terkenal dengan cerita-cerita seram, sekumpulan pengkaji paranormal yang sering mempertikaikan kewujudan makhluk halus yakin makhluk tersebut tidak wujud. Namun segalanya berubah apabila pada suatu hari, di sebuah balai polis yang terbiar di Gombak, mereka berdepan dengan cabaran terbesar mereka.

Lihat Full Movie Disini



Lihat Full Movie Disini

Villa Nabila


SINOSIS

Filem ini berdasarkan kisah-kisah seram yang berlaku di sebuah rumah terbiar di Johor yang dinamakan Villa Nabila.

Pengarah Syafiq Yusof memilih untuk menyampaikan kisah benar mengenai rumah tersebut dalam bentuk dokumentari.

Filem ini bermula dengan kehilangan seorang remaja di rumah tersebut dan Syafiq menemubual beberapa individu yang mendakwa pernah mengalami peristiwa misteri di Villa Nabila untuk menjadikannya sebuah filem.



Tonton Full Movie Disini

Rumah Pusaka Di Simpang Jalan


SINOPSIS

Rumah Pusaka Di Simpang Jalan mengisahkan tentang ahli keluarga keturunan Datuk Semerah Setongkol Jagung yang dijemput hadir ke sebuah rumah pusaka untuk mendapatkan wasiat milik moyang mereka. 

Mereka dipelawa oleh penjaga rumah Datuk Semerah yang bernama Johar Zulkifli (Syuk SYJ) setibanya di rumah pusaka tersebut. 

Mereka diminta supaya harus bermalam di rumah tersebut dan kejadian pelik mula menimpa Rashid (Pekin Ibrahim), Markona (Beli Ngasri), Yeh (Rab Khalid), Susanti (Jehan Muse), Ali (Ahmad Maembong) dan Milie (Fatin Syahirah).

Tonton Full Movie Disini



Tonton Full Movie Disini
 
Copyright © 2015. Layan Movie Online - All Rights Reserved And Create Design By Mizi Gimik