Latest Movie : Free Movie Online


All Movies

Get paid to share your links!
Showing posts with label Romantik. Show all posts
Showing posts with label Romantik. Show all posts

Langit Cinta

Langit CintaLangit Cinta

SINOPSIS

Langit Cinta mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang gadis desa bernama Khadejah dalam penantian cinta sejati. Dia telah bertemu dengan Aliff, pemuda yang berasal dari sebuah keluarga berada dan sanggup melepaskan segala-galanya demi cintanya.

Namun, cinta suci mereka telah ditentang oleh keluarga Aliff lalu memisahkan ikatan mereka sebagai suami isteri. Khadeja terpaksa berjiwa kental untuk berdepan dengan pelbagai dugaan hidup meskipun Aliff tiada disisi. Di saat Khadeja hampir putus harapan pada cinta Aliff, Budiman menawarkan dirinya bagi merawat luka di hati Khadeja.

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)


Girlfriend Kontrak

Girlfriend KontrakGirlfriend Kontrak

SINOPSIS

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Alisa yang mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip – kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah syarikat gergasi milik seorang jutawan playboy, Umar, iaitu Monaki Development Corp. Bhd.

Umar telah mengambil Alisa untuk bekerja dengannya sebagai cara menangani kontroversi projek pembangunan miliknya.

Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar.

Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing?

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)


Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)

Suamiku Jatuh Dari Langit

Suamiku Jatuh Dari LangitSuamiku Jatuh Dari Langit

SINOPSIS

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Asyikin (Nora Danish) yang mempunyai seorang bapa iaitu Pak Bidin (Kaza) yang juga seorang ketua kampung yang tegas.

Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama.
Oleh itu, Asyikin telah di didik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah lembut dan pandai mengaji.

Che Awang (Syuk SYJ) dan Awie (Qi Razali) merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka menganggu gadis-gadis di kampung mereka.

Suatu hari, Awie memerlukan wang untuk melangsaikan hutangnya.
Awie telah menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung dengan memanjat dari bumbung untuk mencuri .

Tiba-tiba, Awie tersalah pijak dan terjatuh di hadapan Asyikin yang baru selesai solat.
Awie terpegun melihat kecantikan Asyikin ,manakala Asyikin terkejut melihat kemunculan Awie. Dan bermulalah detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka.

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)

Love SuperMoon

Love SuperMoonLove SuperMoon

SINOPSIS

Love SuperMoon mengisahkan tentang persahabatan lima orang sahabat yang bermula sejak bangku sekolah dan bagaimana persahabatan mereka berkembang sehingga ke zaman universiti, alam perkerjaan dan bagaimana mereka mula bertemu pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga.

Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi kerana sahabat baik Razak, Sulayman (Azhar Sulaiman) merupakan kekasih kepada Nina (Rita Rudaini) yang berkawan baik dengan Triz. Razak dan Triz hanya mengetahui tentang perihal masing-masing menerusi ‘gossip’ yang disampaikan oleh rakan baik mereka.

Setelah menamatkan zaman universiti, Triz bekerja di pusat panggilan bagi sebuah syarikat automobil yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, tetapi malangnya, hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat-syarikat penerbitan sehingga menyebabkan teman lelaki Triz, Azman (Azhar Sulaiman) tidak menyokong hasratnya untuk menjadi penulis. Walaupun Azman merupakan seorang lelaki yang ego dan senantiasa menghalang Triz dari mencapai impiannya, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.

Berlainanan pula dengan Razak, beliau berjaya menjadi seorang doktor dan amat dikenali kerana sifat ‘playboy’ dan sering bertukar pasangan. Selepas bertahun-tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, Razak dan Triz dipertemukan oleh takdir dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)



Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)

Suami Aku Ustaz

Suami Aku UstazSuami Aku Ustaz

SINOPSIS

Suami Aku Ustaz mengisahkan tentang Alisa (Nora Danish) yang dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji.

Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah.

Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam).

Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.

Apakah yang akan terjadi setelah rahsia status Alisa dengan Ustaz Hafiz terbongkar? Akan wujudkah cinta Alisa buat suaminya dan bertahankankah jodoh mereka berdua?

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)


Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)

Darah Panas

Darah PanasDarah Panas

SINOPSIS

Drah Panas mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syahana. Syahana adalah seorang gadis yang berpegang pada agama, namun dia bercita-cita untuk menjadi seorang model Muslimah akibat daripada terpengaruh dengan video di laman sosial.

Syahana akhirnya berkenalan dengan seorang lelaki bernama Fandi melalui laman sosial, dan telah meminta bantuan daripada Fandi bagi mencapai cita-citanya.

Syahana menyatakan hasratnya itu kepada keluarganya, namun ditentang ayah dan abangnya. Demi untuk meneruskan cita-citanya, Syahana mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur. Namun, apabila Syahana tiba di ibu kota, Fandi  membawa Syahana ke dunia pelacuran.

Cicak adalah seorang ketua sendiket pelacuran. Dia juga turut terbabit di dalam sindiket dadah. Cicak telah membeli Syahana daripada Fandi. Adi bekerja di bawah Kumpulan Cicak, namun dia seorang yang menghormati wanita Islam.

Bagaimanakah nasib Syahana ketika berada disana, dan dapatkah Syahana keluar daripada dunia pelacuran?

Tonton Full Movie Disini

Tonton Full Movie Disini

Pilot Cafe

Pilot CafePilot Cafe

SINOPSIS

Pilot cafe mengisahkan seorang juruterbang bernama Ameer Reza yang suka berfoya-foya mula berubah dan insaf selepas kehilangan orang tersayangnya. Ameer kemudiannya telah membuka sebuah cafe, dan dari situ dia telah bertemu dengan seorang gadis kampung bernama Maya.

Namun segalanya berubah apabila dia kehilangan sahabatnya, Harris yang maut ketika mengendalikan helikopter. Ameer mula sedar hidupnya selama ini penuh dengan kejahilan. Lalu, dia berniat  insaf dan meninggalkan kekhilafan lampau.

Ameer sering diburu igauan mimpi ngeri atas perbuatan silamnya. Bagi menebus dosa silam, Ameer berhenti dari menjadi juruterbang dan  mengusahakan Pilot Cafe. Takdir telah menemukan Ameer bersama gadis kampung, Maya lakonan Izara Aishah yang diburu bapa ayam. Melihat keadaan Maya, Ameer terus menghulurkan bantuan.

Sedikit demi sedikit Ameer mengetahui punca Maya melarikan diri ke Kuala Lumpur dan itu membuatkan dia simpati terhadap gadis naif yang berbadan dua dek terlanjur dengan kekasihnya Rashid lakonan Remy Ishak.

Saat itu, dia terkenangkan Sharmila lakonan Neelofa iaitu salah seorang gadis yang ditidurinya dan tanpa sedar dia tertarik pada gadis itu. Malangnya, Sharmila menghilangkan diri sewaktu dia menyuruhbya menggugurkan kandungan. Ameer mengambil keputusan menjaga Maya dan memberi perhatian pada bayi kandungannya.

Rashid, kembali menuntut haknya ke atas Maya. Apakah kesudahan cerita menarik yang turut mampu menyentuh hati para penonton yang meminati genre filem sebegini?

Tonton Full Movie Disini


Tonton Full Movie Disini

Isyarat Cinta

Isyarat CintaIsyarat Cinta

SINOPSIS

Filem Isyarat Cinta mengisahkan percintaan pasangan buta dan bisu.

Cinta mula berputik selepas Iskandar (Adi Putra) seorang jutawan yang sangat rendah diri dan pemalu telah memberanikan diri menyelamatkan Dhia (Liyana Jasmay) dari satu kemalangan jalan raya sehingga membibitkan rasa cinta masing-masing.

Hubungan mereka dijalinkan melalui orang tengah iaitu Ariel (Fizo Omar) apabila segala luahan Iskandar yang cacat pendengaran itu disampaikan kepada Ariel untuk Dhia.

Tetapi Ariel sendiri telah jatuh hati dengan Dhia dan tidak sanggup untuk meneruskan tugasnya sebagai perantara cinta antara Iskandar dan Dhia.

Tonton Full Movie Disini



Tonton Full Movie Disini

Isteriku Bukan Tukang Masak


SINOPSIS

Safirah telah dua bulan berkahwin dengan Zharif namun dia tidak pernah memasak untuk suaminya, menyebabkan mereka seringkali bergaduh.

Keadaan mula berubah apabila Zharif mula kerap mengunjungi restoran yang dimiliki bekas teman wanitanya Hanna. Dapatkah hubungan mereka bertahan?

Saksikan...

Tonton Full Movie Disini



Tonton Full Movie Disini

Suamiku,Encik Perfect 10!


SINOPSIS

Kisah Suamiku, Encik Perfect 10! bermula apabila satu pertemuan yang tidak diduga di antara seorang pelajar perubatan iaitu Aleeya Azmeen dan Zarief Danial, seorang ahli perniagaan ketika mereka sama-sama dalam penerbangan pulang dari Heathrow, London ke KLIA, Malaysia. Pertemuan itu akhirnya membawa mereka menjadi pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan itu hanya lakonan semata-mata bagi mengaburi mata keluarga Aleeya dari mengetahui tentang kisah sebenar yang disimpannya.

Sementara itu, Zarief yang sudah pun bertunang dengan Azura Hanim mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan itu kerana mula menyayangi Aleeya. Di saat cinta mula berputik di antara Aleeya dan Zarief, bekas kekasih Aleeya iaitu Syed Muzaffar kembali bagi menuntut cintanya. Konflik bertambah rumit apabila keluarga Syed Muzaffar turut campur tangan dengan cuba merebut anak yang dikandung oleh Aleeya kerana ingin mendapatkan waris demi harta dan kekayaan.

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar yang merupakan ayah kepada anak yang dikandungnya? Atau Zarief Daniel iaitu lelaki yang berjaya mengubat lukanya sebelum ini? Adakah Aleeya Azmeen akan memperolehi suami encik perfect 10 seperti yang diharapkannya selama ini?




Lihat Full Movie Disini
 
Copyright © 2015. Layan Movie Online - All Rights Reserved And Create Design By Mizi Gimik