Latest Movie : Free Movie Online


All Movies

Get paid to share your links!
Showing posts with label Farid Kamil. Show all posts
Showing posts with label Farid Kamil. Show all posts

Langit Cinta

Langit CintaLangit Cinta

SINOPSIS

Langit Cinta mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang gadis desa bernama Khadejah dalam penantian cinta sejati. Dia telah bertemu dengan Aliff, pemuda yang berasal dari sebuah keluarga berada dan sanggup melepaskan segala-galanya demi cintanya.

Namun, cinta suci mereka telah ditentang oleh keluarga Aliff lalu memisahkan ikatan mereka sebagai suami isteri. Khadeja terpaksa berjiwa kental untuk berdepan dengan pelbagai dugaan hidup meskipun Aliff tiada disisi. Di saat Khadeja hampir putus harapan pada cinta Aliff, Budiman menawarkan dirinya bagi merawat luka di hati Khadeja.

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)


Love SuperMoon

Love SuperMoonLove SuperMoon

SINOPSIS

Love SuperMoon mengisahkan tentang persahabatan lima orang sahabat yang bermula sejak bangku sekolah dan bagaimana persahabatan mereka berkembang sehingga ke zaman universiti, alam perkerjaan dan bagaimana mereka mula bertemu pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga.

Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi kerana sahabat baik Razak, Sulayman (Azhar Sulaiman) merupakan kekasih kepada Nina (Rita Rudaini) yang berkawan baik dengan Triz. Razak dan Triz hanya mengetahui tentang perihal masing-masing menerusi ‘gossip’ yang disampaikan oleh rakan baik mereka.

Setelah menamatkan zaman universiti, Triz bekerja di pusat panggilan bagi sebuah syarikat automobil yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, tetapi malangnya, hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat-syarikat penerbitan sehingga menyebabkan teman lelaki Triz, Azman (Azhar Sulaiman) tidak menyokong hasratnya untuk menjadi penulis. Walaupun Azman merupakan seorang lelaki yang ego dan senantiasa menghalang Triz dari mencapai impiannya, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.

Berlainanan pula dengan Razak, beliau berjaya menjadi seorang doktor dan amat dikenali kerana sifat ‘playboy’ dan sering bertukar pasangan. Selepas bertahun-tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, Razak dan Triz dipertemukan oleh takdir dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.

Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)



Tonton Full Movie Disini (Klik Sini)

Abang Lejen

Abang LejenAbang Lejen

SINOPSIS

Filem 'Abang Lejen' mengisahkan tentang Ajim (Farid Kamil) yang menetap di kampung bersama adiknya Alan (Fadlan Hazim).

Ajim membesarkan Alan setelah kematian ibu bapa mereka dan sanggup melakukan apa saja demi adiknya itu.

Ajim yang meminati filem Hindustan dan Tamil mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri dan sering menjadi pelindung kepada penduduk kampung dan juga Alan.

Alan sebenarnya seorang remaja yang lurus bendul dan sering dibuli oleh Karim (Along Eyzendy) dan Mail (Shahfiez).

Apabila Alan menyuarakan hasrat ingin berkahwin dengan Nina (Adiba Yunus), perasaan bimbang menyelubungi Ajim. Walaupun tidak setuju tetapi Ajim tetap merelakannya.

Dalam pada itu, Ajim mempunyai sepupu yang bernama Intan (Intan Ladyana). Sejak dari kecil, Intan sangat meminati Ajim, namun Ajim tidak menyukai Intan.

Terjadinya suatu peristiwa yang tidak diduga menyebabkan Alan berhijrah ke Kuala Lumpur dan tidak menghubungi lagi Ajim. Dek kerana risau akan adiknya, Ajim ke Kuala Lumpur diikuti Intan.

Keadaan bertukar menjadi lain apabila Ajim mendapat tahu yang Alan berdepan dengan masalah. Ajim cuba membantu tetapi pertolongannya ditolak oleh Alan.

Apakah sebenarnya yang berlaku kepada Alan?

Bagaimana pula kesudahan cinta Intan terhadap Ajim?

Tonton Full Movie Disini



Tonton Full Movie Disini

Hantu Bungkus Ikat Tepi


SINOPSIS

Mengisahkan tentang tiga sahabat baik iaitu Fuad (Tauke), Fadli (Yus) dan Fendi (Abam) yang terjumpa mayat yang berlumuran darah terbaring di atas jalan semasa menaiki kereta pada malam hari.

Mereka yang panik telah memegang pisau di sisi mayat lelaki tersebut, tanpa menyedari cap jari masing-masing terlekat pada bahan bukti utama itu.

Mereka kemudian mengambil keputusan untuk membungkus dan menanam mayat tersebut dengan ikatan di bahagian kepala disengetkan sebagai tanda mayat itu ditanam apabila polis menemuinya nanti.

Walau bagaimanapun selepas kejadian tersebut, perkara yang tidak baik berlaku kepada mereka apabila dihantui oleh roh yang mahu jasadnya disempurnakan.

Mereka terpaksa meminta bantuan Mimie  (Nora Danish) untuk mencari semula mayat tersebut dengan harapan roh tersebut tidak lagi mengganggu mereka.

Mimie terjebak secara tidak langsung dengan tiga sahabat tadi dan membantu menjejak semula mayat yang ditanam Fuad, Fadli dan Fendi.

Tonton Full Movie Disini



Tonton Full Movie Disini
 
Copyright © 2015. Layan Movie Online - All Rights Reserved And Create Design By Mizi Gimik