Langit Cinta mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang gadis desa bernama Khadejah dalam penantian cinta sejati. Dia telah bertemu dengan Aliff, pemuda yang berasal dari sebuah keluarga berada dan sanggup melepaskan segala-galanya demi cintanya.
Namun, cinta suci mereka telah ditentang oleh keluarga Aliff lalu memisahkan ikatan mereka sebagai suami isteri. Khadeja terpaksa berjiwa kental untuk berdepan dengan pelbagai dugaan hidup meskipun Aliff tiada disisi. Di saat Khadeja hampir putus harapan pada cinta Aliff, Budiman menawarkan dirinya bagi merawat luka di hati Khadeja.
Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Alisa yang mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip – kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah syarikat gergasi milik seorang jutawan playboy, Umar, iaitu Monaki Development Corp. Bhd.
Umar telah mengambil Alisa untuk bekerja dengannya sebagai cara menangani kontroversi projek pembangunan miliknya.
Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar.
Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing?
Pilot cafe mengisahkan seorang juruterbang bernama Ameer Reza yang suka berfoya-foya mula berubah dan insaf selepas kehilangan orang tersayangnya. Ameer kemudiannya telah membuka sebuah cafe, dan dari situ dia telah bertemu dengan seorang gadis kampung bernama Maya.
Namun segalanya berubah apabila dia kehilangan sahabatnya, Harris yang maut ketika mengendalikan helikopter. Ameer mula sedar hidupnya selama ini penuh dengan kejahilan. Lalu, dia berniat insaf dan meninggalkan kekhilafan lampau.
Ameer sering diburu igauan mimpi ngeri atas perbuatan silamnya. Bagi menebus dosa silam, Ameer berhenti dari menjadi juruterbang dan mengusahakan Pilot Cafe. Takdir telah menemukan Ameer bersama gadis kampung, Maya lakonan Izara Aishah yang diburu bapa ayam. Melihat keadaan Maya, Ameer terus menghulurkan bantuan.
Sedikit demi sedikit Ameer mengetahui punca Maya melarikan diri ke Kuala Lumpur dan itu membuatkan dia simpati terhadap gadis naif yang berbadan dua dek terlanjur dengan kekasihnya Rashid lakonan Remy Ishak.
Saat itu, dia terkenangkan Sharmila lakonan Neelofa iaitu salah seorang gadis yang ditidurinya dan tanpa sedar dia tertarik pada gadis itu. Malangnya, Sharmila menghilangkan diri sewaktu dia menyuruhbya menggugurkan kandungan. Ameer mengambil keputusan menjaga Maya dan memberi perhatian pada bayi kandungannya.
Rashid, kembali menuntut haknya ke atas Maya. Apakah kesudahan cerita menarik yang turut mampu menyentuh hati para penonton yang meminati genre filem sebegini?